Sunday, July 19, 2009

visit rumah seri kenangan

kali ni tiada photo nak share.. hanyalah sedikit coretan utk renungan bersama..

18 july 09, 7:15 all staff kumpul at HQ, today kitorg nak gi visit old folk home at cheng, melaka.. jumlah penghuni: 214-1(yg meniggal dunia pg tu)=213 org
actually, this is a part of company's xtvt.. and my 1st time visit rumah org tua. dulu-dulu pernah terfikir nak pergi visit, tapi peluang belum ada, and semalam sambil buat kebajikan, kami juga dapat learn smthng new.. betul2 tinggalkan kesan yang mendalam pada kami.. dan banyak pengalaman yang benar2 mengajar kami 'makna kesunyian'..
sebelum pergi, kami telah diberi pesanan supaya bersedia dr segi fizikal, mental dan emosi, bersedia dr segi suasana, kadaan, bau.. dan sebagainya..
waktu kami sampai, pakcik makcik kat sana sedang menikmati sarapan pagi.. bila kaki ni melangkah masuk sahaja tempat makan tu, hati tiba2 jadi sgt sayu.. hanya mampu kaku di satu sudut, berdiri dibelakang 2,3 orang kawan, mata tiba bergenang..dlm fikiran macam2 terbayang..
diusia mereka begini, sepatutnya makan dikelilingi anak dan cucu, tapi mereka........ yang ada hanya bertemankn rakan2 senasib.. hua....rasa mcm tak nak dekat dengan mereka, nanti mesti banjir..hati ni memang tak kuat. tapi bila tengok staff2 yg lain semua mesra berbual..so, kuatkan kaki melangkah.. tapi, tak tau pula nak pergi meja mana satu.. huhu..jadi blur sekejap.. pastu, pusing2 setiap meja dan tunjukkan senyuman manis, wpon tak berapa nak manis..

lepas breakfast, buat simple excercise and main bola dgn pakcik makcik.. tapi tak ramai pon penghuni yang join..sebab ada yg terlantar sakit, ada yg mmg tak bole kuar.. sebab ada masalah 'sakit kepala'.. mmg tak selamat kalo dilepaskn untuk bermain..

lepas semua dah penat main, peluh sume dah keluar.. kami pon dibawa melawat ke setiap block.. lagi sedih bila tengok keadaan mereka kat dalam dorm..wpun semua kelengkapan cukup, tapi dari air muka setiap org disana masing2 sebenarnya sunyi.. manakan tidak, hari2 lalui perkara yang sama, jumpa org2 yang sama yg bukan darah daging sendiri.. setiap hari, setiap detik.. hanya menanti sahaja..menanti perkara yg tak pasti.. hm.... sedih rasanya mengenangkan nasib, mana anak2 mereka..? cucu2 mereka? adik beradik..?or at least saudara mara terdekat..? tak kan sorg pon tak ada..? kenapa mereka disini..?
tak terkeluar pula soalan tu dimulut, hanya berlegar2 dlm fikiran sja..

dlm pd itu, kami dikabarkan ada seorg penhuni SERI KENANGAN, telah kembali ke rahmatullah.. dia adalah seorang dari 5 org anak mufti pertama di melaka ini.. nama ayahnya ada tercatat di salah satu jalan di melaka..tapi, sudah nasibnya menghuni, meghabiskan sisa hidup dan menghembuskan nafas terakhirnya di rumah seri kenangan..yg lebih sayu, apabila sementara diuruskan upacara pengebumian.. terbujur jenazahnya sendirian di ruang hadapan surau, tanpa ada sesiapa disekeliling membacakan yasin atau ayat2 suci.. menitis air mata ini, sedihnya............ bagaimanalah agaknya kadaan kita nanti..? hanya DIA yg maha mengetahui.....

~al-fatihah~ utk arwah..

seterusnya, kuatkan langkah utk mengikuti membe yg lain..
setiap dorm kami masuk..bersalaman.. tanya kabar..dengar luahan & keluhan hati mereka..dan kalau mampu hiburkan hati mereka dengan gurau-gurau manja, wlau untuk seketika.. sampai pula kat dorm orang2 yang 'sakit kepala'.. lagi sedih.. walaupon suasananya agak meriah, sebab mcm2 perangai keluar bila tengok org asing datang.. tapi, jauh disudut hati sgt sedih.. adakah disebabkan insan tersayang, mereka jadi begini..? tak tau apa2 yg berlaku, masing2 dalam dunia sendiri.. kesian..tapi, apakan daya..

habis pusing beberapa block, sampai kat satu bilik kurungan dimana ditempatkan orang2 yg mengemis yg ditangkap, dan dikurung sementara dihantar ke rumah2 kebajikan yg lain..keadaan yg sgt menyayat hati, melihat tempat yg kotor, bersepah dah agak berbau.. bkn rumah seri kenangan tak sediakan kemudahan, tapi mereka yg tak boleh terima..
en.anuar yg bawa kami tu ckp, nasib setiap org tak sama, didlm ni ada seorang insan muda yg baik paras rupa( hensem gile), berusia 29 thn..kami terkejut besar dengar cerita dia.. dtg dr keluarga yg berada dan berpangkat, tp disebabkan 'sakit', dihantar oleh ibubapanya, kerana tak mampu nak jaga, sebenrnya mcm2 kaedah rawatan telah dibuat utk pulihkan kadaan dia.. dari yg pakar dlm rawatan moden sampai ke pakar rawatan tradisional cara islam..masih tak berjaya.. dgr cerita, dia alami stress yg kuat dlm pelajaran dan bercampur juga saka tinggalan nenek moyang..ntahla.. macam mana, masa depan anak muda ni agaknya.. benarlah apa yg dikata..ALLAH s.w.t lebih tahu apa yg tebaik utk hambanya..

kemudian kami di bawa pergi ke dewan, ada sikit taklimat.. dan setelah itu kami di jemput utk berkongsi perasaan.. masing2 meluah rasa.. banjir jugala semua.. kehidupan ibarat roda, ada ketika diatas ada ketika di bawah.. dari apa segi juga sebenarnya.. mungkin ada diantara penghuni disini dulu pernah berada di atas..
namun pengalaman kali ini, akan sentiasa terpahat di ingatan.. ia benar2 manjadikan kami lebih matang utk berfikir.. makna sebuah 'kesunyian'.. mengajar kami erti kasih sayang.. hargailah apa yg ada di sekeliling kita sebelum ia hilang.. apa yg paling penting, kita perlu fikir dan rancang apa yg kita nak dlm hidup kita utk masa akan datang agar kita tidak menyusahkan org lain.. yg lebih baik jika kita mampu utk tolong org lain..